Covid19KerohanianSemasa

JAIS longgarkan majlis akad nikah mulai 2 November

Kehadiran terhad

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata kebenaran melaksanakan akad nikah tertakluk kepada beberapa syarat iaitu pemohon lelaki dan perempuan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 daripada Pejabat Agama Islam Daerah.

“Hanya tiga orang dibenarkan hadir upacara akad nikah iaitu pasangan pengantin dan wali. Hanya lima akad nikah dibenarkan dalam masa satu hari iaitu pada waktu bekerja Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.”

“Kebenaran ini diberi kepada pasangan dalam Selangor atau pihak lelaki atau pihak perempuan dari luar Selangor dengan tanggungjawab pihak berkenaan mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri jika diperlukan oleh pihak berkuasa,”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, upacara akad nikah yang mendapat kebenaran dari Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor sahaja akan diterima untuk dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah.

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button