PendidikanSemasa

Graduan kelas pertama tak perlu bayar balik PTPTN – PM

Keistimewaan itu akan diberikan kepada siswazah yang layak tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan memberikan semula pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, yang menamatkan pengajian mereka bermula dari 2019.

Foto dari FB Kementerian Pengajian Tinggi

“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN di Pusat Pameran & Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) (MECC) pada Rabu.

Jelas Perdana Menteri lagi, keistimewaan itu akan diberikan kepada graduan yang layak tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Justeru itu, Perdana Menteri berkata, beliau berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung insiatif berkenaan dari segi peruntukan yang terlibat.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Sehingga kini, seramai 3.67 juta peminjam mendapat bantuan pinjaman daripada PTPTN dengan keseluruhan nilai pinjaman berjumlah RM66.87 bilion.

Perdana Menteri meluangkan masa melawat pameran di Pusat Pameran & Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) hari ini.

Perdana Menteri berkata, sehingga akhir bulan lalu, lebih dua juta atau 82.04 peratus peminjam sudah membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM17.8 bilion.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button