Semasa

Amaran! Jual Rokok Bakal Didenda RM20,000 dan Dipenjara Setahun

Larangan jual rokok kepada golongan yang lahir 1 Januari 2007

Kuala Lumpur : Kerajaan terus komited dalam usaha membawa negara ke arah kehidupan yang lebih sihat dengan cuba memperkenalkan undang-undang ketat penjualan rokok.

Menerusi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, kerajaan membentangkan cadangan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali ke atas individu yang didapati menjual atau mempamerkan produk tembakau bahan merokok atau produk penggantik tembakau kepada mereka yang lahir pada 1 Januari 2007.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Perkara ini dimasukkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan buat pertama kali dalam Dewan Rakyat pada hari ini.

Berdasarkan kepada draf RUU tersebut, jika seseorang individu didapati bersalah buat kali kedua dan berikutnya hukuman yang dicadangkan adalah didenda tidak lebih RM30,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Manakala buat pertubuhan perbadanan yang melalukan kesalahan tersebut buat pertama kali, hukuman yang dikenakan adalah denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Hello Doctor

Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, pertubuhan perbadanan bakal dikenakan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Di media sosial, Rang Undang-undang ini disambut baik oleh masyarakat. Selain itu kesedaran melalui kempen Generasi Penamat terus mendapat sokongan masyarakat yang takut akan masalah sosial yang semakin meningkat dalam kalangan remaja.

Semoga usaha ini mendapat sokongan semua pihak dalam membawa negara ke arah bebas asap rokok pada masa hadapan

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button