MANILA : Jumlah golongan miskin tegar di Asia Tenggara menunjukkan peningkatan sebanyak 4.7 juta orang lagi pada tahun lalu berikutan pandemik Covid-19.
Ia sekali gus menyebabkan kemerosotan dalam kemajuan yang dicapai untuk memerangi kemiskinan.
Menurut Bank Pembangunan Asia (ADB), langkah segera perlu diambil oleh pihak kerajaan rantau Asia Tenggara bagi merancakkan semula pertumbuhan ekonomi.
Golongan miskin tegar ditakrifkan sebagai mereka yang hidup dengan pendapatan kurang AS$1.90 (RM8) sehari pada tahun lalu adalah sebanyak 24.3 juta atau 3.7 peratus daripada 650 penduduk Asia Tenggara.
Presiden ADB, Masatsugu Asakawa berkata, sebelum pandemik, angka kemiskinan tegar di rantau tersebut merosot dengan 14.9 juta pada 2019, turun daripada 18 juta pada 2018 dan 21.2 juta pada 2017.
“Covid-19 menyebabkan pengangguran meningkat, ketidaksamaan yang semakin meluas dan peningkatan tahap kemiskinan, terutamanya melibatkan wanita, pekerja muda dan warga tua di Asia Tenggara,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa pemerintah menambah baik sistem kesihatan, menyelaraskan peraturan meningkatkan daya saing perniagaan, melabur dalam prasarana pintar dan hijau serta menerima pakai teknologi untuk mempercepatkan pertumbuhan.
-AGENSI