Covid19Semasa

Lebih 8.8 juta dos vaksin COVID-19 sehingga semalam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 8.8 juta dos vaksin sudah diberikan sehingga dengan 2.5 juta orang menerima suntikan dos kedua sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebanyak 217, 807 dos vaksin diberikan semalam dengan 141,140 dos vaksin untuk dos pertama dan 76,667 dos kedua.

Ini sekali gus menjadikan jumlah pemberian vaksin mencecah 8,800,700 dos vaksin secara keseluruhan di Malaysia.

Jumlah itu dicapai dalam tempoh kira-kira empat bulan sejak PICK bermula pada 24 Februari lalu hingga semalam.

Selain itu, sejak 29 Jun, dos vaksinasi harian tetap melebihi 200,000 dos selama lima hari berturut-turut.

   Adham Baba: 375,260 people have received both doses of Covid-19 vaccine | The Star

“Jumlah individu yang telah menerima dos pertama ialah sebanyak 6,261,014 orang, yang bersamaan dengan 19.1 peratus populasi negara. 

Sementara itu, data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan Kuala Lumpur mencatakan pemberian dos Vaksin COVID-19 tertinggi berbanding jumlah populasi keseluruhan wilayah itu.

Sehingga semalam, lebih daripada 1.12 juta atau 63.4 peratus penduduk Kuala Lumpur telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, yang setara dengan 83.3 peratus daripada populasi dewasa di wilayah tersebut.

Di samping itu, sejumlah 42,727 orang tau 63.1% populasi dewasa Putrajaya menerusi dos pertama, diikuti oleh Sarawak (1,18 juta atau 57,7 peratus), Labuan (36,065 atau 52,6 peratus), Perlis (68,965 atau 38,1 peratus) dan Negeri Sembilan (200,396 atau 24.6 peratus).

Image

Lebih 1.12 juta atau 63.4 peratus penduduk Kuala Lumpur sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam, atau bersamaan 83.3 peratus penduduk dewasa di wilayah itu.

Putrajaya pula mencatat jumlah penerima dos lengkap vaksin COVID-19 tertinggi dengan 28,352 individu atau 41.9 peratus penduduk dewasa di wilayah itu.

Ia disusuli Labuan (17,115 atau 25 peratus) , Perlis (42,589 atau 23.5 peratus), Kuala Lumpur (232,170 atau 17.2 peratus), Sarawak (278,528 atau 13.6 peratus) dan Negeri Sembilan (103,094 atau 12.7 peratus).

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan / AJ  

Related Articles

Back to top button