DuniaSemasa

Gempa kuat gegar Indonesia

Penduduk lari bangunan bergoyang

Gempa bumi kuat 6.9 pada skala Richter menggegar bahagian timur Indonesia.

Gempa berpusat 220 kilometer dari selatan Katabu, Sulawesi.

Kajian Geologikal Amerika Syarikat, USGS berkata gempa pada kedalaman 600 km itu menyebabkan gegaran di dasar laut dan dirasai beratus kilometer dari pusat gempa di Laut Banda.

Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Sementara itu Agensi, Klimotologi dan Geofizik, BMKG, Indonesia berkata setakat ini tidak menerima sebarang laporan kemusnahan dan kehilangan jiwa.

Arabnews.com berkata di bandar Kupang, ramai penduduk berlari keluar dari kediaman masing-masing apabila rumah mereka bergoyang.

Seorang penduduk, Engky Nussi berkata ketika kejadian dia sedang membeli-belah, dan melihat ramai orang keluar apabila barang-barang mula jatuh dari rak hiasan.

Dalam pada itu, wartawan AFP di Kupang yang terletak di selatan pusat gegaran berkenaan berkata, gempa menyebabkan banyak bangunan bergegar lalu penduduk panik bertempiaran keluar dari bangunan.

Pada 2018, gempa bumi bermagnitud 7.5 menyebabkan tsunami melanda pulau Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 orang maut dan dilaporkan hilang.

Pada 2004, gempa bumi di luar pantai Sumatera menyebabkan tsunami yang menyebabkan 220,000 orang kehilangan nyawa.

Daripada jumlah mangsa yang terkorban, 170,000 orang daripadanya adalah penduduk Indonesia.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button