JAKARTA: Save the Children iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di London memberi amaran terdapat risiko wabak penyakit berjangkit susulan gempa bumi di daerah Cianjur, Jawa Barat.
Dalam satu kenyataan, NGO itu memaklumkan berikutan jumlah mangsa yang ramai, mereka terpaksa berhimpit dalam khemah sementara serta tidak mempunyai akses kepada sanitasi yang mencukupi.
Selain itu, gegaran selepas gempa dan hujan lebat membentuk keadaan berlopak dan berpaya yang boleh mencetuskan risiko tinggi penularan penyakit dan jangkitan.
Kondisi komunitas rentan membutuhkan perhatian lebih ketika bencana terjadi, termasuk anak-anak. Save the Children bersama @kemenkes_ri dan berbagai pihak yang tergabung di klaster gizi, mengidentifikasi kesehatan dan gizi anak di pengungsian #GempaCianjur.#BrpihakpadaAnak pic.twitter.com/6r4wZKxaoe
— Save the Children Indonesia (@SaveChildren_ID) November 30, 2022
NGO itu menegaskan bahawa lebih banyak bantuan diperlukan selepas gempa bumi dan gegaran susulan merosakkan 40,000 kediaman dan lebih 500 sekolah.
Hampir 115,000 orang termasuk 38,450 kanak-kanak hilang tempat tinggal selepas gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda negara itu pada 21 Nov.
Kerajaan Indonesia, agensi dan pekerja bantuan berhempas pulas menjalankan operasi bantuan dan menyelamat, tetapi usaha itu terhalang akibat kebanjiran pelancong bencana.
“Operasi kami berdepan kelewatan kerana jalan raya dipenuhi orang ramai yang pergi ke Cianjur untuk melihat kemusnahan”, kata ketua pasukan respons Save the Children Indonesia, Fadli Usman.
Ratusan ribu orang hilang tempat tinggal dan kini terpaksa menjalani kehidupan yang terdedah dengan penyakit dan jangkitan.
📍 Cianjur, Indonesia
This was the scene at a Save the Children supported school following yesterday’s earthquake.
Our @SaveChildren_ID colleagues say children are terrified and urgently need food, water, and shelter. pic.twitter.com/Eq3hIR4XYa
— Save the Children US (@SavetheChildren) November 22, 2022
Mereka memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa secepat mungkin, tetapi kebanyakan keluarga yang paling terjejas tinggal di kawasan terpencil dan sukar diakses melalui jalan raya.
“Kami juga memerlukan lebih banyak dana untuk membantu memenuhi keperluan segera kanak-kanak dan keluarga termasuk air bersih, selimut, khemah, sokongan emosi dan peralatan pendidikan supaya kanak-kanak dapat meneruskan kehidupan sebaik mungkin”, tambah Fadli.
Save the Children telah beroperasi di Indonesia sejak 1976 dan aktif di 19 daripada 38 wilayah dengan menjalankan program kemanusiaan berkaitan pendidikan, kesihatan dan pemakanan, perlindungan kanak-kanak dan kemiskinan. – BERNAMA
BACA JUGA
Anak perempuan 7 tahun ditemui meninggal dunia di bawah timbunan
Bersama kami untuk membantu mangsa yang terkesan akibat gempa bumi di Indonesia melalui sumbangan infaq menerusi
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038