DomestikSemasa

Jalinan ukhwah MAPIM dan JPYA santuni masyarakat terjejas akibat Covid-19

Dari Ummah untuk Ummah

SELAYANG : Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memaksa masyarakat untuk terus berada di rumah demi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu. Ia telah menjejaskan banyak pihak.

Antara mereka yang terjejas adalah mereka yang berkhidmat sebagai pemandu teksi kerana kesukaran bagi mendapatkan pelanggan tatkala orang ramai tidak disarankan untuk keluar rumah.

Menyedari hakikat itu, pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berasa terpanggil bagi menghulurkan bantuan melalui Program Serahan Bantuan Makanan MAPIM.

Menurut Pegawai Tugas-Tugas Khas MAPIM, Syahir Shahrumi, seramai 65 kotak bekalan makanan telah diagihkan dalam program tersebut.

“Hari ini kita dah beri sumbangan kotak bekalan makanan kepada 65 penerima termasuk pemandu teksi yang terjejas dalam musim PKP ini dan hilang mata pencarian, sehingga ada yang hilang harapan, ada yang isteri lari dan ada yang terkena strok,”

“Kita datang bukan bagi menyampaikan bantuan semata-mata, malah kedatang kami juga untuk membina ikatan persahabatan dan menjalin ukhwah dengan niat kerana Allah SWT.

Seperti Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim iaitu Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain,” katanya ketika ditemu bual wartawan UMMAHToday.

Program ini juga merupakan kerjasama pihak MAPIM bersama Persatuan Jalinan Persahabatan Yang Akrab (JPYA).

Pengerusi JPYA, Ustaz Salahudin Ghazali berkata wakil daripada persatuan beliau telah mendekati dan mengenal pasti mereka yang mengalami kesempitan hidup di sekitar kawasan tersebut.

“Wakil kami terjun ke tengah masyarakat untuk mengenal pasti dan mencari di sekitar kawasan berdekatan mereka yang hidup susah, sakit dan kami akan santuni mereka dengan menyampaikan sedikit bantuan,” katanya.

Sementara itu, pihak MAPIM dan JPYA sempat melawat ke rumah salah seorang penerima bantuan bernama Razis Kasmir yang diuji apabila diserang stroke sejak tujuh tahun lalu dan mengalami kesukaran daripada segi percakapan.

Beliau berkongsi perit getir kehidupannya ketika menempuh pandemik Covid-19 ini, di mana sumber pendapatannya terjejas dan sukar bagi mendapatkan pelanggan untuk teksinya.

“Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada MAPIM dan JPYA atas bantuan ini. Sekarang ni nak cari wang susah sebab tak ramai pelanggan yang gunakan teksi. Duit untuk makan dan beli pun kadang-kadang tak cukup, hanya mampu dapat RM15 sahaja sehari,” katanya.

Semua bantuan yang dihulurkan oleh MAPIM Malaysia adalah hasil daripada sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia sendiri. MAPIM Malaysia berharap akan lebih ramai lagi yang dapat disantuni dan merayu rakyat Malaysia untuk terus menyumbang bagi membantu ummah.

Oleh Hafeez Anuar


MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button