Semasa

Kerajaan Timbang Permudah syarat kemasukan golongan OKU ke TVET

JOHOR BAHRU – Sebelum ini golongan orang kurang upaya (OKU) mengalami kesukaran bagi mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), tetapi semua itu bakal akan berakhir apabila kerajaan akan menimbang semula syarat kelayakan bagi  memudahkan mereka menyertai bidang itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Pengerusi Majlis TVET, untuk melaksanakan perkara itu.

“Saya akan beritahu beliau walaupun ada kelonggaran untuk OKU, janganlah kenakan syarat seperti (perlu mempunyai) dua tangan. Syaratnya mesti yang ada keupayaan, jadi kita akan berikan ruang.

“Insya-Allah, ini boleh (dilaksanakan),” katanya ketika menjawab soalan dalam Program ‘Temu Anwar’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai hari ini.

 

Related Articles

Back to top button