HATAY : Gempa bumi berukuran magnitud 6.3 sekali lagi melanda wilayah sempadan Turkiye dan Syria mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan merosakkan bangunan di bandar Antakya.
Turkiye dan Syria dua minggu lepas telah dilanda gempa bumi terburuk di negara itu yang menyebabkan puluhan ribu maut.
Dua saksi Reuters melaporkan gempa bumi kuat dan kerosakan pada bangunan di tengah Antakya, di mana ia berpusat. Ia turut dirasai di Mesir dan Lubnan, kata wartawan Reuters.
#BREAKING: Magnitude 6.4 earthquake strikes Hatay province — Türkiye's disaster management agency AFAD pic.twitter.com/z9dXtXAEOp
— TRT World (@trtworld) February 20, 2023
Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) berkata gegaran itu berlaku pada kedalaman 2 km (1.2 batu).
Saksi lain berkata pasukan penyelamat Turkiye berlari-lari selepas gempa terbaharu dan segera memeriksa orang ramai yang cedera.
Muna Al Omar, seorang penduduk, berkata dia berada di dalam khemah di sebuah taman di tengah Antakya ketika gempa bumi melanda.
🚨 Terrifying visuals: the moment as the recent earthquake hit Turkey’s Hatay.
Tsunami warning issued for the coastal regions of Syria and Turkey after Turkey-Syria earthquake tonight pic.twitter.com/Hinw1n2rG2
— Megh Updates 🚨™ (@MeghUpdates) February 20, 2023
“Saya fikir bumi akan terbelah di bawah kaki saya,” katanya sambil menangis memeluk anak lelakinya yang berusia 7 tahun.
“Adakah akan ada lagi gegaran susulan?” dia bertanya.
Dua gempa bumi lebih besar yang melanda pada 6 Februari, yang turut menggegarkan negara jiran Syria, menyebabkan lebih sejuta kehilangan tempat tinggal dan mengorbankan lebih banyak daripada jumlah rasmi terkini 46,000 orang di kedua-dua negara.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia