Semasa

Gelombang panas, salmon di Columbia seperti ‘direbus hidup-hidup’

Kesan pemanasan global

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

BOGOTA : Sekumpulan salmon sockeye di Sungai Columbia, dikhuatiri akan mati setelah terdedah kepada suhu yang ekstrem.

Sebuah video menunjukkan bagaimana salmon seperti melecur dan terbakar semasa berusaha melarikan diri dari suhu tinggi.

Kejadian seperti itu berlaku semakin kerap kerana perubahan iklim yang menyebabkan kenaikan suhu di banyak bahagian dunia.

Memetik The Hill, video memilukan tentang ikan yang terbakar oleh suhu ekstrem ketika gelombang panas baru-baru ini di Pacific Northwest, mengingatkan akan kesan buruk akibat perubahan iklim.

“Sungguh memilukan melihat haiwan mati dengan cara ini,” kata Brett VandenHeuvel, pengarah eksekutif Columbia Riverkeeper, kepada Guardian.

“Dan lebih buruk lagi, memikirkan penyebabnya. Ini adalah masalah yang disebabkan oleh manusia, dan itu benar-benar membuat saya berfikir tentang masa depan,” tambahnya.

Salmon dewasa tidak dapat bermigrasi ke hulu ketika suhu air naik di atas 20 Celcius, menurut Columbia Riverkeeper.

Suhu boleh mencapai 21 darjah Celcius ketika gelombang panas baru-baru ini. Terperangkap dalam air hangat dan tidak dapat bertelur, ikan salmon seperti terbakar kerana panas dan stres.

“Sungguh mengerikan, kami memiliki solusi untuk menyelamatkan salmon, tetapi kami tidak melakukannya,” kata Don Sampson, anggota Konfederasi Suku Umatilla Indian Reservation dan anggota dewan penasihat untuk Northwest Tribal Salmon Alliance.

“Kami tidak memiliki kemahuan politik, anggota Kongres kami di barat laut tidak memiliki kekuatan politik atau keinginan bagi membela salmon untuk generasi mendatang,” tambahnya.

Tidak jauh dari Sungai Columbia, diperkirakan sejuta haiwan laut mati di Laut Salish di pantai Vancouver semenjak gelombang panas melanda baru-baru ini.

Gelombang panas dan kemarau yang melanda bahagian barat AS dan wilayah sekitarnya merupakan kesan lanjutan daripada perubahan iklim.

Kajian menunjukkan banyak haiwan mati akibat perubahan iklim pada habitat dan gaya hidup mereka, dan situasinya dijangkakan akan menjadi lebih buruk.

Pantai Barat sudah bersiap untuk gelombang panas kedua walaupun ramai yang masih belum pulih daripada penyakit yang diakibatkan oleh panas daripada gelombang pertama.

“Saya melihat ini sebagai visi yang sangat menyedihkan untuk masa depan kita. Tapi saya juga melihatnya sebagai panggilan untuk bertindak. Ada langkah-langkah mitigasi yang dapat kita ambil bagi menyelamatkan salmon, bagi menurunkan suhu sungai kita,” kata VandenHeuvel. — KOMPAS

Related Articles

Back to top button