Covid19PendidikanSemasa

Selagi tak reda Covid-19 di Kedah & Perlis, sekolah ditutup takkan dibuka

MKN, KKM akan umum tempoh sebenar

SUNGAI BESAR – Semua sekolah di Kedah dan Perlis yang ditutup berikutan penularan koronavirus (Covid-19) tidak dibenarkan dibuka sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari.

“Selagi tidak mendapat persetujuan dan nasihat daripada KKM dan MKN, selagi itulah sekolah akan terus ditutup,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Konvoi Info On Wheels (IOW) Merdeka 2020 Negeri Selangor di Dataran Tonggak 9 Stadium Sungai Besar, Selangor, pada Sabtu.

Muslimin yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berkata, bagi murid yang tidak dapat hadir ke sekolah akibat penutupan itu mereka akan mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui ‘home based learning’.

“Sesi pembelajaran kembali semula secara dalam talian dan kita telah maklumkan kepada semua guru supaya mengedarkan bahan cetak melalui pelbagai kaedah seperti hantar ke rumah murid,” katanya.

-Bernama

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button