DuniaSemasaSyria

Masihkah ada sinar `raya’ buat pelarian Syria?

10 tahun hidup di kem pelarian

Ketika berkumandangnya azan Maghrib, Ramadan terakhir lalu, ia menandakan sudah tiba waktu berbuka puasa kepada seluruh umat Islam setelah berjaya menahan lapar. Malah ia juga menandakan tibanya Syawal untuk diraikan, sebagai hari kemenangan mematuhi peraturan Allah SWT dalam rukun Islam ke tiga.  Syawal juga semakin hampir ke penghujungnya dan akan tiba pula Aidil Adha untuk diraikan.

Aidilfitri tahun ini ternyata amat berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya, apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan dan semua rakyat perlu patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.

Banyak keluhan dari masyarakat kita apabila Aidilfitri kali ini kurang kemeriahannya apabila aktiviti rumah terbuka dan kunjung-mengunjungi sanak-saudara tidak dibenarkan.

Keluhan ini tidak boleh menandingi nasib kira-kira dua juta pelarian Syria di saat umat Islam lain menyambut hari kemenangan, mereka sedang mencari perlindungan di negara Lubnan bergelut mendapatkan bekalan makanan.

Bagi berjuta-juta pelarian dalam negara Syria, Ramadan sudah hampir sedekad tidak sama seperti yang dahulu. Kesuraman Aidilfitri pasti dirasa.  Orang awamSyria yang tinggal sebagai pelarian dalam negara di kem di Idlib, di barat laut Syria, memaksa mereka hanya mampu mengimbas kenangan manis Ramadan, Aidilfitri. Kos sara hidup yang melonjak 90% memaksa mereka hidup dalam kemiskinan.

Bagi keluarga Suleiman mereka tetap kental berjuang untuk memastikan Ramadan dan amalannya tetap dilakukan walau dalam apa jua keadaan. Ramadan pastinya berbeza buat Suleiman. Hanya mampu mengingati detik manis berkumpul sekeluarganya beramal pada Ramadan mulia.

Tetapi sejak tinggal di kem pelarian jerih payah sebagai seorang Islam dilalui tanpa gagal meyempurnakan ibadah kepada Allah. Suleiman berkongsi perit getir kehidupannya, menggagahkan diri berjalan kaki sejauh 300 hingga 400 meter untuk mendapatkan air.  Cuaca panas benar-benar menduga dirinya. Sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk dan berwuduk.

Meskipun kesusahan hidup yang dialami, mereka tetap bermunajat kepada Allah agar diberikan peluang untuk pulang ke pangkuan keluarga dan bebas daripada musibah. Doa yang tidak pernah putus.

Selama 10 tahun, rejim Bashar Assad telah mengabaikan keperluan dan keselamatan rakyat Syria. Sikap hanya mementingkan keuntungan dan menghancurkan pihak pembangkang telah menyebabkan rakyat Syria terpaksa menanggung keperitan hidup.

Dengan tujuan ini, rejim terus mengebom memusnahkan kemudahan seperti sekolah, hospital dan kawasan kediaman, menyebabkan pemindahan hampir separuh penduduk negara ini sambil mengadopsi dasar untuk memastikan kehidupan mereka lebih sukar.

Di Lubnan, Wakil Lapangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Loai Walid Srouji mengunjungi perkampungan pelarian di Lembah Bekaa. Beliau  menceritakan keperitan yang dialami oleh pelarian Syria di Lubnan pada ketika ini.

Loai menjelaskan keadaan ekonomi yang semakin tenat berikutan COVID-19, negara Lubnan tidak terkecuali menjadi mangsa kerenjatan kekurangan sumber dan kegawatan ekonomi.

“Kebuntuan politik dan krisis ekonomi di Lubnan semakin meruncing, kenaikan harga barang dan kurang peluang pekerjaan membuatkan pelarian Syria sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Segala apa yang ada di depan mata dikaut demi kelangsungan hidup sambil mengharapkan bantuan luar tak kunjung tiba akibat kekangan wabak penularan COVID-19,” – Loai Walid Srouji

Semoga ketabahan rakyat Syria yang tidak bersalah ini akhirnya dibalas dengan kebebasan dari segala malapetaka dan bencana.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

******MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas kepada pelarian Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yang  diperlukan buat pelarian Syria.

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button