DomestikSemasa

BLACKOUT! Beberapa kawasan alami gangguan bekalan elektrik

TNB sedia maklum & telah menghantar pasukan teknikal untuk mengenalpasti punca kejadian

KUALA LUMPUR : Beberapa kawasan di Lembah Klang kini sedang mengalami masalah gangguan bekalan elektrik sejak 12:39 tengah hari tadi melibatkan 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan.

Antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang dan pusat bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di negeri lain turut dilaporkan terjejas seperti Alor Setar, Sungai Petani Nilai, Seremban, Kuantan dan Pekan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu hantaran Facebook menjelaskan bahawa mereka sudah sedia maklum mengenai perkara tesebut dan telah menghantar pasukan teknikal untuk mengenalpasti punca kejadian.

“Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” menurut hantaran tersebut.

Walaubagaimanapun, TNB juga memaklumkan bahawa bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang.

Beberapa pengguna di Twitter memaklumkan bahawa sesetengah pusat beli-belah juga terputus bekalan elektrik dan berada dalam gelap. Rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa kerana tiada notis ganguan dikeluarkan.

Berita lanjut menyusul…

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button