Semasa

Wanita Syria diperkosa dan dipaksa jadi pengebom berani mati

Kekejaman puak pemisah YPG/PKK

AFRIN, SYRIA : Kesan konflik dalam negara pastinya menjadikan wanita beterusan menjadi mangsa. Data-data dari agensi dunia sering berkongsi mengenai nasib golongan wanita dan gadis yang diseksa.

Dalam satu laporan yang disediakan untuk Majlis Keselamatan PBB  oleh Suruhanjaya Bebas Inkuiri Antarabangsa mengenai republik Arab Syria mendapati pada Februari 2020 30 kes rogol berlaku di negara bergolak itu.  (A/HRC/45/31).  Anggota Tentera Bebas Syria, satu pasukan ketenteraa n dikatakan dalam kes berkenaan termasuk keganasan seksual ketika melakukan serbuan dari rumah ke rumah. Pasukan itu juga dilapor menggunakan keganasan seksual sebagai cara mendapatkan pengakuan dan penghinaan ke atas tahanan lelaki di Afrin pada tahun 2020.

Antara kemusnahan disyaki didalangi PKK di Afrin, Syria

Suruhanjaya itu juga dalam satu laporan berbeza mendapati keganasan seksual terhadap wanita oleh pihak berkuasa Syria, di tahanan mereka. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mendokumenkan 19 kes keganasan seksual ke atas 12 kanak-kanak perempuan Syria dan tujuh wanita, yang mana lima kes daripadanya berlaku di kawasan di bawah penguasaan ISIS.

Pengakuan gadis yang hanya dikenali sebagai NM berusia 27 tahun dari Raqqa dan anak perempuan bapa saudaranya, RM, 17 tahun pastinya menyesakkan dada apabila mereka menjadi mangsa kebuasan puak pemisah.

Pengganas YPG/PKK yang menguasai kawasn utara Syria didakwa telah memperkosa seorang remaja perempuan. Setelah itu gadia dan remaja malang itu dipaksa menjadi pengebom nekad.

Dalam satu pengakuannya kepada Agensi Andolu, mereka tinggal di daerah Manbij, yang berada di bawah penguasaan puak pemisah. Mereka sebelum itu ditangkap di Afrin. Seorang pengganas bernama Haji memberi mereka $ 1,500  sebagai balasan kerana menghantar barang kepada seseorang di Afrin.

“Kami tidak mahu pada mulanya kerana kami tidak mahu keluar dari Manbij. Saya tidak menerima tawaran dengan alasan bahawa anak-anak dan suami saya sakit.,” – R.M

Tambahnya selepas enggan Haji itu menunjukkan satu video yang sepupunya dirogol.

N.M terkejut dan bimbang selepas ugutan itu dia terpaksa bersetuju untuk membuat penghantaran dan datang semula pada hari yang sama. Kedua-dua mereka kemudian dipasangkan sehelai vest dan telefon bimbit untuk berkomunikasi sebelum mereka berangkat ke Afrin.

R.M juga menjelaskan apa yang dialuinya. Dia berkata bahawa dia bertemu Haji melalui Tarik yang bekerja untuk kumpulan pengganas.  Tarik yang membawanya ke suatu tempat untuk mendapatkan pekerjaan. Sampai di sama ramai lelaki dan R.M enggan keluar. Namun, dia ditarik keluar secara paksa dan dirogol.

“Ada lelaki lain di sana. Saya tidak mahu keluar (dari kereta).” – R.M

Bercakap kepada wartawan, R.M dan N.M kini mendapatkan bantuan kepada agensi berkaitan.

Sepanjang tempoh 35 tahun dengan kempen keganasannya, PKK telah disenaraikan antara kumpulan pengganas oleh Turki. Begitu juga oleh Amerika Syriakt dan Kesatuan Eropah – kumpulan itu bertanggungjawab atas kematian sekurang-kurangnya 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi. YPG adalah cabang kepada kumpulan pemberontak bersenjata PKK. – Anadolu

Oleh Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir: Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button