
KABUL: United Nations Assistance Mission in Afghanistan (UNAMA) pada Selasa menyeru pihak berkuasa de facto negara itu untuk menjelaskan keberadaan Matiullah Wesa, alasan penahanannya dan memastikan aksesnya diwakili undang-undang serta dapat menghubungi keluarganya.
Media melaporkan Matiullah Wesa, seorang warga Afghanistan yang mengasaskan kempen yang dinamakan ‘Pen Path’ untuk menggalakkan pendidikan kanak-kanak perempuan, terutamanya di kawasan luar bandar telah ditangkap di luar masjid Kabul malam Isnin selepas bersolat. Ada saksi yang nampak 2 kereta dipandu pegawai berkuasa bertindak memukulnya dan menyeretnya pergi.

Following the arrest of Afghan education activist Matiullah Wesa, the Taliban raided his residence, stole his devices, and harassed his family.#FreeWesa #ReleaseMatiullahWesa pic.twitter.com/csDZ63xXT7
— Habib Khan (@HabibKhanT) March 28, 2023
Di media sosial, kempen menuntut pembebasan Matiullah Wesa dimuatnaik oleh penyokong terutamanya ramai kenalan tempatan serta antarabangsa beliau kerana menganggap kerajaan tidak mempunyai alasan kukuh untuk menangkapnya dan tuduhan kononnya Matiullah adalah tali barut asing adalah tidak berasas.
I think that the Taliban have no other justification for arresting Matiullah Wesa. Now in order to justify his arrest, the photos taken by foreign agents in AFG with #MatiullahWisa are being claimed on social media by the Taliban that he is a spy. BCz he met with foreigners. pic.twitter.com/jYr7XTN1hV
— Najibullah Farhodi (@Najib_Farhodi) March 29, 2023
Prominent Afghan activist, Matiullah Wesa, who advocates for girls’ right to study, has been detained by Taliban in Kabul pic.twitter.com/Ogb6A1DFyj
— TRT World Now (@TRTWorldNow) March 28, 2023
Aktif di platform media sosial twitter, antara posting terakhir Matiullah Wesa pada 5 hari yang lalu adalah usaha beliau mengembara ke 24 daerah di Afganistan selama 18 bulan untuk memujuk ketua kabilah, ibu bapa dan penduduk tempatan supaya menyokong fakta bahawa pendidikan untuk kanak-kanak perempuan adalah sama penting serta sekolah untuk mereka perlu dibuka tanpa sebarang kelewatan.
We have been volunteering for 14 years to reach people and convey the message for girls education. During the past 18 months we campaigned house to house in order to eliminate illiteracy and to end all our miseries #PenPathGirlsEduCampaign #PenPathDoor2DoorEduCampaign pic.twitter.com/pnCPWbJLaS
— Matiullah Wesa مطيع الله ويسا (@matiullahwesa) March 24, 2023
BACA JUGA
20 jemaah umrah terkorban kemalangan di Aqaba Shaar