Bantuan MAPIM Di GazaEkonomiPalestinSemasa

Selepas kejadian lubang besar, pinggir Baitulmaqdis pula terbakar

Lebuh raya, laluan kereta api ditutup kerana api marak

BAITULMAQIS : Sejumlah penduduk diarah berpindah apabila kawasan hutan di pinggir Baitulmaqdis terbakar pada Rabu (9 Jun). Kebakaran juga menyebabkan sebuah lebuh raya dari Baitul Maqdis ke Tel Aviv ditutup daripada kegunaan kenderaan. Laluan kereta api menghubungkan keduda-dua bandar itu juga terhenti.

Kebakaran itu telah merebak sehingga ke kawasan hutan berdekatan dengan kawasan penduduk yang padat dan menyebabkan asap hitam menyelubungi udara.

Pihak berkuasa menyatakan kebakaran itu yang berlaku kira-kira 15 kilometer ke barat laut Baitulmaqdis berjaya dikawal selepas ia merebak ke kawasan seluas 265 hektar. Bagaimanapun, kebakaran kecil masih berlaku. Setakat ini punca kebakaran masih tidak diketahui.

Pendatang Yahudi yang menduduki kampung Maale HaHamisha dan Yad Hashmona telah dipindahkan ekoran kebakaran itu. Penduduk kemudian dibenarkan kembali ke rumah masing-masing pada waktu malam.

Satu demi satu episod bencana berlaku di bumi Palestin yang dijarah Israel. Sebelum ini kejadian `sink hole’ atau lubang besar menelan puluhan kenderaan ke dalam bumi. Apkah kebetulan atau hukuman tiada siapa yang tahu, Yang pasti Israel mahu hidup dalam kesenangan dengan merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin manakala tanah yang diduduki dari nenek moyang dirampas. Teruskan membantu Gaza dari jauh.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button