Semasa

Dua tahun lumpuh, warga emas cekal hidup sebatang kara

REMBAU : “Makcik tak ada siapa dah, nak masak pun tak larat. Harapkan jiran hantar makanan sahaja,”

Demikian luahan Noriah Sham ,65, yang tinggal sebatang kara sejak pemergian ibu tercinta enam tahun lalu.

Nasib tidak menyebelahi Noriah kerana sudah dua tahun beliau lumpuh dan tidak mampu untuk bergerak seperti biasa.

Rumah berwarna jingga, beratapkan zink yang menjadi tempat tinggalnya itu meski tampak kukuh di luar namun ada sahaja lopong-lopong hingga setiap kali hujan, pasti banjir.

Tatkala ditanya, di mana tempat tidurnya, Noriah menunjuk ke satu ruang di sudut rumahnya.

Tiada tilam, mahupun alas dilihat pada ruangan itu.

“Makcik tidur kat situlah. Tak larat nak naik tangga.

“Makcik tidur atas simen je lah. Tak ada pun tilam atau toto,” katanya.

Ruang yang sempit itu juga menjadi dapur dan tempat Noriah menyimpan makanan.

Walaupun serba kekurangan, Noriah sentiasa positif dengan hidup yang beliau harungi. Beliau menganggap ini semua adalah ujian yang perlu dihadapi dengan hati yang tabah.

Kini, Noriah bergantung sepenuhnya kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

Hari ini, Majlis Perundingan Pertubuhan Malaysia (MAPIM) diketuai Muhammad Fakhruddin Zainol bersama NGO Geng Ngaji menyalurkan sumbangan kepada hampir 100 buah keluarga di sekitar Kampung Astana Raja, Rembau.

Ini merupakan kerjasama pertama antara MAPIM Malaysia bersama NGO Geng Ngaji sebagai perantara.

Bantuan diberikan berupa kotak bantuan makanan meliputi barangan keperluan asas.

“Alhamdulilah, hari ini MAPIM Malaysia turun ke Kampung Astana Raja, Rembau dan kawasan sekitarnya. Kira-kira 100 buah keluarga asnaf menerima manfaat. Semoga kerjasama bersama Geng Ngaji ini selaku perantara MAPIM Malaysia, juga Amal Team dapat diteruskan bagi menyantuni lebih ramai golongan yang memerlukan.” – Jurucakap MAPIM Malaysia, Muhammad Fakhruddin Zainol.

Sepanjang perjalanan bantuan ini, Misi SOS Rembau berjalan dengan lancar disirami hujan rahmat.

Semoga bantuan ini memberi 1001 makna dan manfaat kepada penerima.

Oleh Nurshazlin Shahrom

________________________________________________________________________________________

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button