Covid19DuniaInspirasi

Dua tahun berjuang rawat pesakit Covid-19, wira barisan hadapan akhirnya meninggal dunia

LONDON : Abang kepada seorang pakar bedah yang meninggal dunia akibat Covid-19 menggesa rakyat Britain untuk mendapatkan suntikan ‘booster’ mereka.

 

Dr Irfan Halim, 45, telah lengkap menerima dua dos vaksin dan meninggal dunia di Hospital Royal Brompton di London Barat pada 14 November, selepas sembilan minggu bertarung nyawa dengan virus itu.

 

Dia meninggal dunia hanya dua bulan selepas bapanya Kamal, 75, yang juga seorang doktor, yang juga meninggal dunia akibat virus tersebut pada 24 September.

 

Kini, adik Irfan, Dr Amir Halim, yang juga seorang pakar perubatan, memberi penghormatan kepada abangnya yang telah menghabiskan masa berjuang selama setahun sebagai barisan hadapan merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.

 

Dia juga menggesa masyarakat untuk mendapatkan suntikan penggalak, sambil mengatakan bahawa kes “menunjukkan peningkatan setiap hari” mampu untuk meragut nyawa seseorang yang anda sayangi dengan cara yang sangat teruk.”

 

“Kes semakin meningkat setiap hari. Virus ini tidak peduli sama ada anda orang yang terkenal, kaya atau miskin.

 

“Ia akan terus menjejaskan kehidupan kita melainkan kita mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk mendapatkan vaksin dan dos penggalak serta mematuhi penjarakan sosial.

Irfan rebah semasa syif pada 10 September, dan selepas menerima rawatan di hospital Swindon, dia dipindahkan ke Royal Brompton di London, pada 26 September, tempat di mana dia telah meninggal dunia minggu lalu.

 

“Virus ini adalah satu perkara yang mengerikan. Ayah saya telah dijangkiti coronavirus kira-kira seminggu sebelum Irfan dijangkiti. Irfan masih dalam keadaan sihat apabila ayah dimasukkan ke hospital tetapi rebah di tempat kerja kira-kira seminggu kemudian.

 

“Ayah tidak pernah tahu Irfan jatuh sakit – tetapi walaupun ketika Irfan berada di ICU, tumpuan utamanya adalah pada ayah.”

 

Irfan menerima vaksin kedua pada Januari, tetapi diserang Covid hanya enam hari sebelum program penggalak Britain mendapat lampu hijau.

 

Sebagai pekerja NHS barisan hadapan yang diberi vaksin sembilan bulan lalu, dia sudah berada dalam giliran untuk mendapatkan suntikan ketiga.

 

“Irfan menghabiskan masa seminggu dalam rawatan rapi dan merosot sehingga ke tahap di mana dia memakai ventilator.

 

Irfan telah diasingkan daripada keluarganya selama empat bulan pada kemuncak pandemik musim bunga lalu ketika merawat pesakit Covid di barisan hadapan.

 

Oleh itu, abangnya telah menyeru semua masyarakat agar mengambil suntikan booster yang boleh membantu mengekang pandemik Covid-19 yang telah banyak meragut nyawa orang yang tersayang.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button