TEBING BARAT: Dua rakyat Palestin cedera pada Jumaat apabila tentera zionis israel melepaskan tembakan semasa serbuan di bandar Burqin dekat Jenin di Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jenin untuk menerima rawatan, lapor Agensi Anadolu.
Saksi mendakwa kenderaan tentera israel menyerbu Burqin dan pertempuran tercetus antara penduduk Palestin dan tentera zionis.
Sementara itu, Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu menghubungi rakan sejawatnya dari israel, Eli Cohen, dan mengutuk serangan dan provokasi terbaharu oleh rejim itu.
Cavusoglu menyampaikan kecaman Ankara terhadap provokasi yang dilakukan pasukan penceroboh israel terhadap kesucian dan status Masjid Al-Aqsa termasuk serangan udara israel ke atas Gaza dan Lubnan .
“Adalah tidak boleh diterima untuk menggunakan kekerasan terhadap jemaah yang tidak bersalah semasa bulan suci Ramadan,” tegas Menteri Luar Turkiye itu.
Tentera zionis israel dengan kejam menyerang seorang pemuda Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis #israelBiadap pic.twitter.com/lq0g5PpKO7
— Ummah Today (@ummah_today) April 7, 2023
Polis israel dilapor telah menahan 350 rakyat Palestin dari kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.
BACA JUGA
Beraraklah ke Masjidil Aqsa & lindunginya! – Ismail Haniyeh
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia