Dunia

Dua letupan meledak di Pulau Jolo, 14 maut

Dipercayai bom buatan sendiri

UPDATE :Sekurang-kurangnya 14 maut dan 75 orang terdiri daripada orang awam dan tentera cederan dalam pengeboman di pulau Jolo, selatan Filipina.

Jurucakap tentera berkata, dua letupan dipercayai bom buatan sendiri berlaku selang sejam antara satu sama lain di pusat bandar utama di pulau Jolo, kubu kuat Abu Sayyaf, sebuah kumpulan militan yang mengikrarkan taat setia kepada ISIS.

Serangan itu adalah yang terbesar di bandar tersebut sejak Januari 2019 apabila serangan nekad dilancarkan secara serentak sebelum berlangsung satu acara keagamaan di sebuah gereja di Jolo yang meragut lebih 20 nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 100 orang.

Kumpulan serpihan Abu Sayyaf dituduh bertanggungjawab atas serangan itu, yang menurut pihak berkuasa Filipina, melibatkan para pengebom dari Indonesia.

Letupan pertama pada Isnin berlaku sekitar waktu tengah hari di hadapan sebuah pusat makanan, berdekatan dengan dua lori tentera, menurut pihak tentera.

Letupan kedua pula menyusul kemudian, namun tiada korban jiwa dilaporkan sejauh ini.

Letupan pertama mengorbankan lima askar dan empat orang awam dan 16 kakitangan tentera adalah antara berpuluh-puluh mangsa yang cedera, kata Leftenan Jeneral Corleto Vinluan, ketua tentera Mindanao Barat.

Leftenan Kolonel Ronaldo Mateo, seorang jurucakap tentera, berkata bom itu dipasang pada motosikal yang diletakkan berdekatan dengan tempat kejadian.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dan siasatan polis diteruskan. -AGENSI

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button