Covid19DuniaSemasa

COVID-19 meningkat mendadak, Katil ICU Thailand habis

India kurang oksigen, Jepun kembalikan darurat

BANGKOK: Dalam tempoh 19 hari lagi Thailand akan kehabisan katil di Unit Rawatan Rapi , ICU, di negara itu. Ia susulan kes naik mendadak di Thailand.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand, Taweesilp Visanuyothin memberitahu bahawa negara itu mengesahkan mencatat kes harian Covid-19 sebanyak 2,070 pada Jumaat.

Visanuyothin memaklumkan, wabak terbaru ini telah memberi tekanan kepada sistem hospital dan kapasiti hospital di negara itu. Di Bangkok, kini dilaporkan hanya tinggal 69 kemudahan ICU dari kira-kira 400 katil. Pada kadar permintaan semasa, ia telah mencukupi bagi memenuhi permintaan dalam tempoh enam sehingga lapan hari lagi.

Pada awal Mac, Thailand mencatatkan 26,031 kes dengan kenaikan dua digit setiap hari, tetapi penambahan kes yang baharu menyebabkan jumlahnya meningkat yang mendadak.  Kini, catatan harian baharu menjadikan jumlah kes keseluruhan negara itu sebanyak 50,183 dengan 121 kematian telah dicatatkan.

Di bawah undang-undang Thailand, pesakit yang dijangkiti mesti ditahan di hospital, tetapi mengikut situasi sekarang begitu membataskan.  Terdapat 19,873 orang di hospital dan kemudahan di lapangan terbang di seluruh negara itu, tetapi ramai yang dijangkiti telah menjalani proses kuarantin di rumah selepas beberapa hospital di sana telah kekurangan katil. Tetapi, Thailand bukan satu-satunya negara di Asia yang sedang bertarung bagi membendung virus tersebut daripada merebak.

Sementara itu di India, perkhidmatan kesihatan negara itu terpaksa meletakkan kemudahan tangki oksigen di gerabak kereta api ekspress khas kerana hospital utama mereka di New Delhi mengalami kekurangan kemudahan.

Sistem kesihatan di India yang kekurangan dana akibat pandemik yang sangat melemahkan negara itu sehingga merekodkan jangkitan harian yang tertinggi di dunia untuk hari kedua berturut-turut sebanyak 332,730 kes harian.

Kereta Api yang membawa bekalan oksigen

Keadaan yang semakin buruk dari hari ke hari memaksa hospital meminta di media sosial supaya kerajaan mengisi

Manakala di Jepun, negara itu mengumumkan situasi darurat yang ketiga di Tokyo dan tiga wilayah lagi bagi membendung pandemik menjelang sukan Olimpik pada bulan Julai. Darurat diisytihar di Tokyo, Osaka dan dua lagi  wilayah jiran, Kyoto dan Hyogo. Tempoh darurat berlangsung ialah dari 25 April hingga pertengahan Mei.

Hirofumi Yoshimura mengatakan pada hari Isnin bahawa dia akan meminta pemerintah pusat untuk memberlakukan keadaan darurat baru di wilayah tersebut.

Langkah ini merupakah tindakan singkat dan intensif untuk menghentikan penduduk daripada melakukan perjalanan dan menyebarkan virus semasa cuti “Minggu Emas” di Jepun.

Namun, pakar dan pemimpin tempatan menjelaskan, langkah yang lebih ketat diperlukan untuk menghadapi virus yang pantas daripada merebak, vaksinasi terhad selain menangani keresahan masyarat. – Sinar Harian 

Oleh Arif Ikhwan –  Pelatih Fakulti Animasi, Teater dan Filem UiTM

Related Articles

Back to top button