KUALA LUMPUR: Empat kanak-kanak termasuk sejumlah 19 individu diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Peres, menghala Kuala Klawang, dekat Semenyih, semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima maklumat tentang dua kumpulan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, pada jam 4.32 petang.
Dalam pada itu, katanya, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih diarah bergegas untuk ke tempat kejadian.
“Anggota tiba di lokasi pada jam 5.54 petang dan operasi menyelamat dibantu oleh 10 anggota polis. Kumpulan mangsa pertama melibatkan dua lelaki dikenali Yap Yong Kang, 22 dan Yan James Fong, 23, yang ditemui pada jam 1.43 pagi tadi.
“Pergelangan kaki kanan James Fong turut terseliuh manakala kumpulan kedua pula iaitu keluarga yang membabitkan 17 orang, termasuk empat kanak-kanak berusia antara empat hingga 40 tahun juga terkandas di lokasi sama dan ditemui pada jam 5.30 pagi.
“Keluarga berkenaan dilaporkan tiada berlaku kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today