BanjirSemasa

Sabah dan Sarawak pula dilanda banjir

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk

KUALA LUMPUR: Ketika keadaan banjir di beberapa negeri di Semenanjung menunjukkan tanda-tanda pulih, di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak pula mula dinaiki air.

Keadaan banjir di Kampung Bakalau, Beaufort setakat pagi ini. pic: Ehsan Kosmo

Hujan lebat sejak Ahad lepas yang memaksa kumpulan mangsa pertama di negeri di Bawah Bayu itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin dijangka berterusan hingga Khamis ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini turut mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Sarawak, sehingga esok (14 Januari) manakala, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah sehingga hari ini.Jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di negeri itu turut meningkat mendadak kepada 1,765 orang petang Selasa.

Pasukan penyelamat membantu memindahkan penduduk dari Taman Desa Wira ke PPS. pic: Ehsan Utusan Borneo Online

Di Sarawak, seramai 53 penduduk terdiri daripada 32 orang di Kuching dan 21 orang di Serian dipindahkan selepas hujan lebat yang berterusan sejak semalam menyebabkan kediaman mereka dinaiki air.

Menurut Bernama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan PPS di Balai Raya Taman Desa Wira mula dibuka 2.30 pagi tadi bagi menempatkan penduduk terjejas banjir di taman perumahan itu.

“PPS Dewan Kampung Betong Kenawit di Serian dibuka 10.30 malam tadi selepas hujan lebat di sekitar Sungai Betong Kenawit menyebabkan limpahan air sungai ke kawasan rendah,” kata Ketua Sekretariat JPBN Sarawak, Mej (PA) Ismail Mahedin.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak memaklumkan setakat ini 12 kawasan di negeri itu dinaiki air sejak malam tadi.

Mangsa Banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Kampung Betong Kenawit di Serian. Pic: Ehsan Utusan Borneo Online

Muhammad Arshad Azmi (Pelajar Fakulti Animasi UITM)

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button