Covid19

Selepas Tok Pa, Rina pula positif Covid-19

Dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh

PUTRAJAYA : Selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) disahkan positif semalam, hari ini  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun pula disahkan positif COVID-19.

Beliau mendapat keputusan itu daripada ujian saringan yang dilakukan malam tadi.

Datuk Seri Rina menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam.

Hasil ujian saringan tersebut, beliau mendapati dirinya postif wabak berkenaan.

Susulan daripada itu, beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh hari ini.

Pihak hospital juga telah menjalankan pemantauan lanjut dan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan jangkitan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Datuk Seri Rina juga memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua.

Beliau juga memohon agar Allah mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.

Tambah beliau, Kementerian di bawahnya itu akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian Kementerian akan tetap berjalan seperti biasa.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button