PUTRAJAYA: Kes jangkitan positif hari ini dilaporkan sebanyak 5,143 kes COVID-19 setakat jam 12 tengah hari tadi, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial, memaklumkan, angka jangkitan ini menyumbang kepada peningkatan jumlah kumulatif iaitu 2,551,452 kes.
Pada 15 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,143 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,551,452 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/kLoubrPeeG
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 15, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom