DuniaPalestinSemasa

Israel rampas, roboh rumah Palestin

TEBING BARAT : Pihak berkuasa Israel mengarahkan supaya rumah yang didiami rakyat Palestin di perkampungan Hamsa Al-Fawqa di timur laut Tebing Barat, dirobohkan.

Pegawai kanan Israel yang memantau aktiviti penempatan rakyat Israel, berkata pasukan pihak berkuasa telah menyerbu perkampungan itu dan telah merampas dan merobohkan tiga rumah yang didiami warga Palestin setakat ini.

Katanya ketika ditemubual media tempatan, kerja merobohkan kawasan perumahan itu masih diteruskan.

Perkampungan itu merupakan antara 38 kampung Bedouin yang terletak di kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan pertempuran.

Pihak berkuasa Israel sasar untuk merobohkan kediaman Palestin di sekitar Lembah Jordan kerana menganggap perumahan itu dibina tanpa permit.

Kawasan yang didiami warga Palestin sekitar Lembah Jordan adalah seluas 395,368 ekar dengan 13,000 penghuni Israel menetap di 38 kawasan perumahan yang didirikan secara haram. Sementara itu, seramai 65,000 rakyat Palestin menetap dalam 34 komuniti.

Pada tahun lalu, Israel mengumumkan akan meluaskan kawasan jajahan di Lembah Jordan. Bagaimanapun ia ditangguh ke tarikh yang belum ditetapkan.

– Middle East Monitor

Diterjemah oleh  Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi / AJ

Related Articles

Back to top button