DomestikSemasa

Cita-cita anak asnaf hanya impian?

“Dulu sekolah sampai darjah 3 je, pastu mak tak mampu sekolahkan kita…”

Johor Bahru : Setiap manusia berkeinginan dan menanam hasrat mempunyai kerjaya yang menjamin masa hadapan. Itulah impian si gadis hitam manis yang memiliki tutur kata penuh tenaga, ramah, berwajah ceria, yang menanam cita-cita menjadi polis.

Sebagai anak kepada ibu tunggal  berstatus asnaf, Tasha binti Ahmad, 17 tahun, tercicir pendidikannya sejak umurnya sembilan tahun kerana faktor kemiskinan. Beliau merupakan anak ketiga daripada sembilan orang adik-beradik.
“Dulu sekolah sampai darjah 3 je, pastu mak tak mampu sekolahkan kita. So kita pun tak boleh buat apa, so kita tolong mak. Sebagai anak kita faham, kita bersabar dan berdoa. Saya kena berusaha kerja bantu mak untuk tambah pendapatan. Tapi PKP ni saya tak dapat bekerja sebagai pembantu gerai makan…” luah Tasha kepada wakil MAPIM Malaysia.

Kemiskinan diwarisi, abang sulungnya merupakan pengawal keselamatan dan kakak beliau yang berumur 17 tahun juga tidak dapat menyambung persekolahan. Begitu juga dengan adik-beradik yang lain, hanya sempat bersekolah rendah kerana ibu beliau tidak mampu menyara pendidikan mereka.

Penulis ke rumah Tasha
Kesempitan hidup dan kemiskinan adalah faktor yang membelenggu cita-cita anak asnaf ini. Tasha sedar akan realiti ini tetapi beliau masih menaruh harapan tinggi untuk menjadi anggota polis.
“Saya nak jadi polis! Saya nak sekolah balik! Saya tak kisah nak buat apa, saya boleh baca dan saya akan kejar. Cita-cita kita dari dulu nak polis untuk capai!” Lontaran kata-kata anak gadis ini penuh semangat.

Prihatin dengan perjuangan dan masa depan anak asnaf itu, Noorul Syahadah binti Isam wakil sukarelawan MAPIM di Johor, berusaha untuk memenuhi impian Tasha. Ia bermula dengan usaha mengembalikan beliau ke sekolah semula bagi mengejar cita-cita sebagai anggota polis.

Noorul Syahadah binti Isam wakil sukarelawan MAPIM di Johor

Sedar dengan situasi keluarga Tasha yang sangat daif, MAPIM Malaysia menyantuni keluarga Tasha dengan memindahkannya ke rumah baru yang lebih selesa berbanding rumah sebelum ini yang hanya bertaraf pondok daif berbumbungkan kanvas.

“Pentingnya persekitaran keselamatan yang baik dalam tumbesaran anak-anak asnaf bagi membentuk insan yang  baik. Saya sangat berharap usaha kecil MAPIM Malaysia dapat memberi sinar masa depan yang baik untuk Tasha dan adik-adiknya. Kita doakan Tasha dapat memenuhi impian beliau.”  Itulah harapan ketua misi ke Johor Bahru, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol.

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016 

Related Articles

Back to top button