Semasa

Presiden interim dan Perdana Menteri Mali dibebaskan

Pemimpin sementara ditahan pada Isnin jam selepas dua pegawai tentera kehilangan jawatan dalam rombakan kabinet.

BAMAKO: Perdana Menteri Mali, Moctar Ouane, dibebaskan selepas ditahan selama tiga hari serta dilucutkan jawatan.

Pegawai tentera yang enggan namanya disiarkan berkata, pembebasan kedua-dua individu itu selaras janji yang pernah disuarakan sebelum ini, pasca gerakan rampasan kuasa kali kedua, dalam tempoh sembilan bulan di Mali.

“Presiden interim dan Perdana Menteri dibebaskan kira-kira jam 1.30 pagi tadi (waktu tempatan). Kami berpegang pada janji,” katanya kepada AFP.

Ahli keluarga turut mengesahkan bahawa Presiden interim, Bah Ndaw dan Perdana Menteri Mali, Moctar Ouane, dibebaskan daripada tahanan tentera.

Sumber terdekat memaklumkan, kedua-dua pemimpin berkenaan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di Bamako, namun tiada perincian mengenai keadaan mereka ketika dibebaskan.

Former Prime Minister Moctar Ouane, left, and President Bah Ndaw [File: AP Photo]

Pembebasan Ndaw dan Ouane ialah antara tuntutan yang disuarakan komuniti antarabangsa, sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, penahanan mereka pada Isnin lalu oleh pegawai tentera mencetuskan kemarahan di peringkat diplomatik.

Kedua-dua pemimpin terbabit ditahan di kem tentera Kati yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Bamako.

Ndaw dan Ouane sebelum ini menerajui kerajaan interim yang dibentuk pada September lalu, selepas dikenakan sekatan serantau bagi memastikan pemerintahan awam berupaya diwujudkan dalam tempoh 18 bulan.

Pembantu Naib Presiden sementara Assimi Goita, yang mengetuai kudeta Ogos 2020, mengatakan pada hari Rabu bahawa Ndaw dan Ouane telah mengundurkan diri.

“Presiden sementara dan Perdana Menteri dibebaskan semalam sekitar jam 1:30 pagi (01:30 GMT),” kata seorang pegawai tentera kepada agensi berita AFP pada hari Khamis. “Kami benar dengan kata-kata kami,” tambahnya, dengan syarat tidak mahu disebutkan namanya. Anggota keluarga juga mengesahkan kepada agensi berita bahawa pasangan itu telah dibebaskan.

Rabu lalu, pemimpin interim terbabit meletakkan jawatan, susulan kehadiran pengantara yang melawat pangkalan tentera Kati. – BH

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM –  Artif Ikhwan 

Related Articles

Back to top button