Semasa

“Bukan pembalakan haram, tapi TNB baik pulih talian elektrik yang ditimpa pokok..”

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Facebook rasmi TNB

YAN : Dakwaan yang tular di media sosial berkenaan punca banjir kilat terburuk di Kedah berhubung kait dengan pembalakan haram adalah palsu.

Berdasarkan hantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB), imej tular itu bukanlah dari kegiatan pembalakan haram, malah, ia merupakan kerja baik pulih talian elektrik dari pasukan teknikal TNB .

“Pasukan teknikal TNB menjalankan baik pulih talian elektrik yang telah jatuh ditimpa pokok besar dan kayu balak yang dibawa arus deras Sg.Tupah, merbok, Daerah Kuala Mudaekoran hujan lebat semalam.” Katanya.

Kerja baik pulih dijalankan bagi keselamatan orang awam dengan kerjasama pihak bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan polis.

Sementara itu, terdapat seorang pengguna media sosial mengkongsikan tangkap layar yang mengesahkan kakitangan TNB menjalankan kerja pemotongan kayu tersebut.

“Batang kayu ni kami geng TNB dengan JKR yang potong semalam hanyut timpa talian HT line,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai tuduhan punca kejadian banjir di Yan mempunyai hubung kait dengan kegiatan pembalakan haram.

Oleh Hafeez Anuar

________________________________________________

MASA UNTUK KITA MENYUMBANG KE TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA

Akaun Maybank
562263540066

Sumbangan anda akan memberikan harapan kepada mereka yang terjejas kehidupannya.

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button