Covid19Semasa

COVID-19 : Angka jangkitan harian catat 22,948 kes

Dua hari kes tinggi berturut-turut

PUTRAJAYA : Catatan kes Covid-19 di negara Malaysia ini hari ini merekodkan 22,948 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 1,489,460 kes.

Dr Noor Hisham berkata, kes harian di Selangor masih kekal tertinggi dengan 7,175, disusuli Sabah dengan 2,583 kes, Kedah (2,137),  Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), Kuala Lumpur (1,439), Kelantan (1,271), Perak (1,229) dan Sarawak, 1,206 kes.

Negeri lain adalah Melaka dengan 737 kes hari ini, Pahang (736) Terengganu (621) Negeri Sembilan (556) Perlis (42) Putrajaya (26) dan Labuan mencatatkan kes harian terendah, sembilan kes.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button