Kepenggunaan

Bosan masakan Melayu? Cubalah menu orang Jawa

Resipi mudah untuk hidangan keluarga

Bila sebut sahaja tentang menu masakan Jawa, mesti ramai di luar sana teringat nasi Ambeng.

Tapi bukan nasi Ambeng sahaja yang terkenal di Malaysia ni. Banyak lagi menu masakan Jawa yang WAJIB anda cuba !

Sekali sekala ubahlah selera ke menu negara jiran ini. Tak rugi nak cuba.

#1 Ayam Ungkep

Bila tengok pada luaran masakan ini menyerupai masak lomak cili padi. Tapi, jangan tersilap bila anda bau sendiri aroma masakan ini pasti tahu perbezaannya.

Bijian rempah ratus, serai dan halia meningkatkan lagi rasa ungkep ini. Ungkep sebenarnya membawa maksud tutup di mana ia merupakan teknik utama yang diguna pakai dalam masakan ini.

Masak ungkep ini ada pelbagai cara, sama ada nak letak minyak atau tak, bergantung kepada cara masing-masing. Tetapi hasilnya tidak akan mengecawakan.

Untuk wanita yang sedang berpantang, menu ini sesuai menjadi salah satu juadah utama.

#2 Pecal

Kalau anda tengah diet tapi bosan dengan menu yang sama, boleh cuba buat pecal.

Pecal ini merupakan hidangan yang penuh dengan sayuran seperti tauhu, taugeh, kacang panjang, timun, kangkung dan tempe. Kesemua bahan ini akan digaul bersama sambal pecal atau sambal kacang yang pasti akan memukau selera si penggemar makanan hijau.

#3 Sambal goreng Jawa

Tengok nama menu pun kita tahu masakan ini mesti pedas. Masakan Jawa memang tak lari daripada berunsur pedas.

Sambal goreng Jawa ini amat mudah untuk dibuat kerana bahan-bahannya terdiri daripada suhun, fucuk, kentang dan tempe.

Kalau pernah datang ke majlis kenduri masyarakat Jawa mesti anda akan jumpa sambal goreng Jawa ini. Makan dengan nasi kosong pun sedap !

#4 Nasi Ambeng

Kalau anda rajin pada hujung minggu atau waktu terluang boleh cuba masak nasi Ambeng. Menariknya nasi Ambeng ini ia menempatkan kesemua hidangan masakan Jawa di atas satu dulang.

Nasi putih akan disajikan di atas dulang bersama lauk-pauk seperti sambal goreng Jawa, tempe goreng, ikan goreng, bihun goreng, serunding kelapa dan ayam goreng berempah.

Satu dulang nasi Ambeng ini boleh dijamah sehingga 4 ke 5 orang dan dimakan dengan menggunakan tangan sahaja.

Jadi memang meriah kalau hidangan ini menjadi menu utama ketika berkumpul bersama ahli keluarga.

 

Related Articles

Back to top button