PUTRAJAYA : Berapa ya kes hari ini? Itulah persoalan yang rentetannya menjadi perbincangan kepada pelbagai tajuk berkaitan COVID-19 di media-media sosial. Kalau pun kes tidak meninggi atau susut, jumlah kematian sehari pula menjadi bualan, menakutkan dan membawa kepada berhati-hati terhadap wabak maut ini, virus corona.
Seperti dilaporkan semalamĀ kes tiga angka dicatat membabitkan kes kematian akibat COVID-19 iaitu 126 kes. Paling tinggi sejak virus maut ini melanda dunia dan Malaysia khususnya bermula Mac tahun lalu, dan kini mencecah 2,993 angka korbannya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham AbdullahKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter beliaunya berkata, kes baharu mencatatkan sebanyak 7,703 kes menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 587,165 kes.
Menurutnya, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,728, diikuti Kuala Lumpur 701 kes, Sarawak (588), Negeri Sembilan (586), Johor (554), Kelantan (541), Pulau Pinang (407), Perak (224) dan Sabah (254).
Selain itu, Melaka mencatat 209 kes, Kedah (283), Terengganu (224), Pahang (237), Labuan (159), Perlis (7), manakala di Putrajaya hanya satu kes direkodkan.
7,701 adalah kes tempatan membabitkan 6,860 warganegara dan 841 bukan warganegara manakala kes import pula dua terdiri satu warganegara dan satu bukan warganegara.
āKes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula melaporkan sebanyak 82,274 kes.
āTerdapat 878 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 441 kes memerlukan bantuan pernafasan,ā katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.
Ujarnya lagi, sebanyak 5,777 kes sembuh hari ini dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 501,898 kes.
KES KEMATIAN TERTINGGI
Berdasarkan data di bawah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, UMMAHToday mendapati 103 korban daripada 126 angka kes kematian semalam atau 81% adalah warga emas berusia 50 tahun dan ke atas.
Seperti hantara di laman Facebook KKM, tiada siapa tahu angka di bawah adalah ibu atau ayah kepada sesiapa maka itu jagalah SOP untuk menjaga warga emas kita. Takziah diucapkan buat keluarga.
Sehingga berita ini ditulis, begitulah angka-angka yang akan berlegar-legar di dalam komuniti masyarakat Malaysia. Apatah lagi ketika PKP dilaksanakan sepenuhnya bermula dua hari lalu.
Megharapkan angka menurun setiap hari adalah impian semua! #kitajagakita
Oleh : NurFaisal Hakim Ā ā Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM