Covid19Semasa

Polis tidak layan surat MITI untuk rentas negeri

Elak penyebaran wabak lebih buruk menjelang Aidiladha

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan layan permohonan merentas negeri dengan menggunakan surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indsutri (MITI) bagi tempoh 18 Julai hingga 21 Julai.

Arahan ini dikeluarkan susulan pihak PDRM mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah ini diambil bagi mengelakkan mana-mana pihak menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Semua sekatan jalan raya (SJR) sempadan-sempadan negeri diarah untuk mempertingkatkan penguasaan.

“Oleh itu, semua SJR di sempadan negeri akan diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah untuk merentas negeri.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bagaimanpun larangan ini tidak terpakai bagi urusan-urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

Sani menegaskan mana-mana pihak yang ingkar arahan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Oleh : Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button