DuniaSemasa

Gempa bumi landa Filipina

Tiada ancaman tsunami pada Malaysia

KUALA LUMPUR : Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.4 skala ritcher melanda Mindanao, Filipina pada jam 8:09 pagi, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook, gegaran berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km) tenggara dari dari Davao dengan kedalaman 79 km.

Walaubagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan gempa bumi ini tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Oleh : Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button