KUALA LUMPUR: “Syukur ke hadrat Allah SWT atas kemenangan hari ini“.
“Terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia yang menghargai saya. Hadiah ini untuk anda semua. Terima kasih kerana bagi saya kenangan ini yang tidak dapat saya lupakan sampai akhir hayat. Saya sayang anda semua!”, kata Bell Ngasri.
Siapa sangka, fenomena ‘Barkoba’yang menjadi pencetus kempen melobi Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya, menyaksikan aktor serba boleh itu diumum mengungguli trofi utama sempena Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 pada Jumaat.
Kemenangan Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri mengetepikan calon lain yang sebelum ini disebut-sebut bakal membawa trofi dambaan artis seperti Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.
View this post on Instagram
Disamping jadual karier lakonan beliau yang padat, Bell Ngasri sempat meluangkan masa dalam gerak kerja bantuan kemanusiaan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sejak tahun 2020 lagi.
Disamping mengajak umat Islam dalam usaha dakwah, beliau lantang dalam advokasi bagi membangkitkan kesedaran orang ramai tentang kempen-kempen bantuan golongan memerlukan di Malaysia dan juga misi bantuan musim sejuk umat Islam di Syria.
Bell semasa ucapan kemenangan turut mendedikasikan trofi yang dimenanginya itu kepada ibunya yang gigih mendidik beliau dan adik-beradik untuk menjadi pelakon sejak kecil.