KemanusiaanPalestinSemasa

130 Ahli parlimen kerajaan, pembangkang tandatangan petisyen

Bantah penaklukan Israel

KUALA LUMPUR – Lebih 130 Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang menandatangani petisyen untuk mengecam dan menolak rancangan (penaklukan) oleh rejim Israel.

Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata petisyen itu menggariskan enam cadangan antaranya mengusir Israel daripada perhimpunan dan semua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya ingin mengumumkan sehingga hari ini, petisyen ini telah ditandatangani oleh lebih 130 orang ahli Parlimen daripada pihak kerajaan dan pembangkang. Mereka menyatakan solidariti dan sokongan terhadap usul dan cadangan-cadangan yang dikemukakan bersama usul itu,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, petisyen sedemikian daripada Ahli Parlimen seluruh dunia termasuk Malaysia amat penting untuk terus mendesak Amerika Syarikat (AS) dan Israel menghentikan rancangan pengilhakan itu.

Katanya, petisyen itu akan diserahkan kepada kedutaan AS dan kedutaan Palestin pada Isnin depan.

“Ia juga akan turut dipanjangkan kepada Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan Kesatuan Ahli Parlimen Serantau seperti Asean Inter-Parliamentary Assembly (AIPA).

“Ini bukan isu agama semata-mata kerana ada rakyat Islam, Yahudi dan Kristian di Palestin. Ini berkaitan kedaulatan dan kehendak untuk hidup aman dan harmoni di atas tanah dan harta sendiri bersama keluarga,” katanya.

Pada 16 Julai lalu, Persidangan Kamar Khas Parlimen sebulat suara bersetuju dengan usul khas dibawa Syed Ibrahim mengenai isu Palestin, antara lain menggesa kerajaan bekerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mendesak Israel disingkirkan daripada PBB.

– Berita Harian

*Sertai Channel rasmi telegram MAPIM MALAYSIA bagi megetahui perkembangan terkini, isu semasa dan kerja peduli ummah dalam dan luar negara diĀ  https://t.me/MapimMalaysia

MAPIM melancarkan tabung kilat bagi bantuan kecemasan untuk mangsa letupan di Beirut, Lubnan. Klik https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund bagi menyatakan keprihatinan anda atau deposit ke TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM Nombor Akaun Maybank 5622-6354-0066.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button