Semasa
Bekas Mufti Perlis meninggal dunia
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
KANGAR: Bekas Mufti Perlis Datuk Mat Jahya Hussin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sungai Buloh, jam 10 pagi tadi.
Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Dr Fathul Bari menerusi hantaran di laman Facebook.
Menurut laporan BERNAMA, sebelum ini Allahyarham menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam selepas kesihatannya merosot akibat penyakit kencing manis. Kemudian arwah dimasukkan ke Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sungai Buloh kerana mengalami keadaan jantung lemah.
Allahyarham Mat Jahya merupakan mufti paling lama berkhidmat di Perlis iaitu selama 22 tahun bermula pada 1984 hingga 2004.