Bekalan air tiada selama tiga hari di Selangor

KLANG : Beberapa kawasan di Selangor menghadapi krisis air bermula hari ini sehingga 16 Oktober.
Proses penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang dilaksanakan oleh Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) diharap tidak berlarutan dan menjejaskan penduduk yang terlibat.
Menurut sumber Berita Harian, Pengarah Urusan Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abd Karim, berkata sepanjang tempoh gangguan bekalan air, mereka menyimpan air secukupnya untuk operasi restoran.
Pihaknya juga berkata cawan plastik dan pinggan plastik akan digunakan bagi mengurangkan penggunaan air semasa proses pencucian pinggan dan cawan.

Gangguan bekalan air bukan sahaja menjejaskan pengusaha kedai makan malahan orang awam.
Menurut Berita Harian, pili paip awam sudah dipasang berdekatan Sekolah Kebangsaan Shah Alam, Seksyen 16 serta Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk kegunaan penduduk sekitar.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM