SHAH ALAM: Lapan mangsa diselamatkan pasukan penyelamat ekoran banjir yang melanda di Kampung Johan Setia, Klang, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menerima panggilan 5:49 petang dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dan Balai Bomba dan Penyelamat Andalas sampai di lokasi 7:30 malam.
Mengikut laporan awal kedalaman air adalah lebih 2 kaki dan terdapat 5 mangsa yang diselamat oleh pasukan bomba sukarela dan tiga mangsa warga emas diselamatkan anggota bomba, katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Johan Setia dan kerja-kerja menyelamat masih diteruskan dengan melakukan pemeriksaan di kawasan yang terlibat. – BERNAMA
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038