SANDAKAN:
”Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang bersujud.” – ayat 98 Surah al Hjir
Sepotong ayat suci Al Quranul Kareem, yang mempunyai makna yang hebat namun diperlaku secara biadap!
Melampau, ayat 98 daripada surah Hijr itu dicetak pada seluar dalam. Pakaian dalam itu dikesan dijual di beberapa pasar raya di Sandakan, dilaporkan memaparkan sepotong ayat dari Surah al-Hijr.
Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan, Romzi Abdul Rahman, berkata semakan mendapati ayat tertera pada seluar dalam itu adalah ayat 98 surah berkenaan.
Menurut Romzi, ayat itu membawa maksud ‘Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang bersujud’.
“Ia adalah ayat 98 surah berkenaan dan ia jelas tertera pada boxer terbabit. Rampasan sudah dibuat dan kami menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya,” – Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan / Romzi Abdul Rahman
Pihaknya turut dimaklumkan ada seluar dalam memaparkan gambar dan ketuhanan agama lain.
“Terdapat boxer juga yang tertera gambar berkaitan agama lain. Pengeluar boxer itu bukan hanya mengeluarkan boxer tertera ayat al-Quran, tetapi juga agama lain,” katanya.
Pihaknya sedang menunggu arahan selanjutnya dalam menangani perkara berkenaan.
Sementara pada laman Facebook Sandakan kini, orang ramai berkongsi kebiadapan pengeluar pakaian dalam berkenaan dan memohon pihak berkuasa bertindak.
`Tidak sampai sejam, JHEAINS Sandakan, perkara itu tular, jabatan itu telah bertindak secepat mungkin dan langkah susulan akan dilakukan. Alhamdulillah ”