Semasa

Atondra kembali ke rahmatullah

Hilangnya permata dunia penulisan dan penerbitan negara

SHAH ALAM :  Dunia penulisan dan penerbitan negara menerima perkhabaran duka apabila kehilangan seorang pakarnya, Datuk Dr Mohd Nordin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Atondra yang meninggal dunia pada Selasa.

Menurut rakan seperjuangan yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ialah pada enam tahun lalu ketika dijemput pada majlis Ziarah Karyawan di kediaman Antondra.

“Saya dijemput untuk menyampaikan ucapan selaku Ketua Pengarah DBP. Ketika itu antara individu yang turut hadir ialah Tan Sri Johan Jaaffar dan Yassin Salleh.”

“Ketika itu kesihatan Allahyarham tidak begitu baik tetapi masih gagah dan bersemangat dalam perjuangannya,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, berita mengenai kematiannya disampaikan oleh kenalannya.

“Saya difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.55 petang Selasa di Kelana Jaya,” katanya.

Antondra merupakan antara individu yang terlibat dalam pembentukan Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (Kemudi) pada 14 Disember 1971 bersama Datuk Abdul Samad Maharudin. – sinarharian

Atondra bukan sahaja terkenal dalam bidang penulisan dan penyuntingan skrip drama TV.  Beliau banyak juga menulis skrip drama radio, cerpen dan puisi.  Namun namanya lebih menonjol dalam bidang penulisan drama TV.

Karya-karya beliau juga diterbitkan dalam bentuk antologi, antaranya ‘Arafah’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1985.

Kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap bidang penulisan, Atondra bersama-sama beberapa penulis seperti Dato’ Abdul Samad Maharudin, Ismas Saring dan Dr. Rhmad Razali Yusof telah menubuhkan Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor atau KEMUDI yanag didaftar secara rasmi pada 6 Julai 1972.

Selain penulisan kreatif, Atondra turut terlibat dalam bidang kewartawanan dan seni foto.  Ramai yang tidak tahu bahawa Angkatan Seni Foto atau Asfon ditubuhkan di rumah Atondra di Kampung Baru pada 1969.  Malah Atondra turut menyumbang idea bagi merangka perlembagaan Asfon sehingga pertubuhan itu didaftarkan secara rasmi pada 18 Ogos 1970.

Selain penglibatan Atondra dalam bidang penulisan, beliau juga aktif sebagai pengamal perubatan homeopati sdehingga dipilih sebagai Timbalan Presiden Persatuan Perubatan Homeopati Malaysia pada sesi 1996 hingga 2008. – letfee.ahmad.blogspot

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button