Semasa

Apple umumkan perincian boleh kesan penderaan seksual kanak-kanak

SAN FRANCISCO : Syarikat teknologi gergasi Apple bakal melancarkan perisian yang boleh mengesan gambar mempunyai unsur penderaan seksual kanak-kanak dalam simpanan iCloud pengguna Iphone dan Ipad pengguna.

Sebagai langkah melindungi keselamatan kanak-kanak, Apple juga akan menggunakan teknologi pengesan untuk mengenalpasti dan memberi peringatan kepada kanak-kanak dan ibu bapa mereka apabila menerima atau menghantar foto berunsur seksual

Menurut syarikat itu, teknologi terbaru akan membenarkan peranti Apple memadankan gambar tidak sepatutnya di telefon pengguna dengan pangkalan data gambar CSAM disediakan pertubuhan keselamatan kanak-kanak.

Syarikat teknologi gergasi berpusat di Silicon Valley itu menyatakan pemadanan foto akan dilakukan oleh teknologi kriptografi untuk menentukan sama ada imej terbabit mengandungi unsur penderaan seksual kanak-kanak.

Menurut kenyataan, Apple kemudian akan melaporkan imej terbabit kepada Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasi, yang bekerjasama dengan polis.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button