Semasa

Arab Saudi puji cara Malaysia kendalikan jemaah haji – Idris Ahmad

PUTRAJAYA : Cara pengendalian Malaysia menerusi Tabung Haji (TH) terhadap jemaah haji bagi tahun 1443H/2022M mendapat pujian daripada pihak Arab Saudi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dalam satu hantaran di Facebook selepas bertemu dengan Setiausaha Agung Rabitah Al-‘Alam Al-Islami (Rabitah), Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa.

“Jutaan penghargaan saya ucapkan khusus kepada kerajaan Arab Saudi dan Rabitah atas kerjasama erat bersama Malaysia,” menurut hantara tersebut.

Dalam perbincangan itu, beliau turut memberi pandangan agar Rabitah terus memainkan peranan dalam pengukuhan kefahaman umat Islam dalam mendepani ancaman pemikiran liberal, ajaran sesat dan sebagainya.

“Di peringkat global juga, saya memberikan cadangan kepada Rabitah agar terus berperanan memberikan penerangan kepada negara-negara barat berkaitan keindahan ajaran Islam yang sebenar bagi memperbetulkan salah faham dan juga Islamofobia,” katanya.

“Semoga dengan pertemuan ini dapat memberi manfaat kepada umat terutama buat umat Islam di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad turut menyatakan penghargaan kepada Malaysia di atas penganjuran Persidangan Ulama’ Asia Tenggara pada 30 Jun lalu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button