Arab Saudi laksana sijil vaksinasi digital dalam tempoh tiga tahun akan datang

RIYADH : Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan menggantikan sijil vaksinasi berasaskan kertas dengan sijil elektronik dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Timbalan Menteri Kesihatan Kesihatan Awam Dr Hani Jokhdar memaklumkan pelan transformasi digital berhubung kad vaksinasi telah siap seawal Disember 2019.
Menurut laporan Saudi Gazette, Kementerian sudah mula melatih pengamal kesihatan dalam hal ini tetapi penularan gelombang pertama dan kedua wabak Covid-19 menangguhkan pelaksanaannya.
Dr Jokhdar berkata kementerian akan mengeluarkan sijil vaksinasi kertas kanak-kanak dalam tempoh dua hingga tiga tahun secara maksimum, dan vaksinasi akan tersedia secara elektronik melalui aplikasi Sehhaty.
Tegasnya, Kementerian Kesihatan telah menyiapkan persiapan haji tahun ini.
“Dua vaksin yang diperlukan setiap tahun bagi jemaah haji domestik adalah untuk influenza bermusim dan meningitis, selain penambahan vaksin koronavirus baharu.
Vaksin yang sama juga diperlukan untuk jemaah haji asing, selain dua vaksin tambahan untuk polio dan demam kuning bagi jemaah haji dari beberapa negara,” katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa vaksin ini adalah prasyarat untuk kemasukan jemaah haji dari negara-negara tersebut bagi tujuan haji.
Mengenai peningkatan kes harian Covid-19, Dr Jokhdar menunjukkan bahawa peningkatan kes terkini tidak akan menjejaskan status sistem kesihatan dalam penyediaan perkhidmatan.
Beliau berkata, peratusan mereka yang mengambil vaksin terhadap Covid-19 dan mereka yang mengambil dos ketiga vaksin itu mencapai 80 peratus.