Kepenggunaan

Apa pandangan Islam mengenai main permainan di Fun Fair ?

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Antara aktiviti yang menyeronokkan pada waktu malam adalah dengan membawa keluarga bermain di Fun Fair. Ini disebabkan pelbagai aktiviti menarik disediakan di kawasan itu bagi mengisi masa lapang seisi keluarga.

Adapun begitu, pernah tak kita terfikir apa hukum sekiranya kita main permainan yang ada di fun fair ? Berikut adalah penjelasan menurut laman sesawang Mufti Wilayah.

Dalam Islam, secara umumnya semua perkara itu bermula dengan harus selagi mana tiada dalil hukum yang jelas terhadapnya. Jadi hukum bermain permainan di fun fair adalah diharuskan selagi mana tidak menyertai acara permainan yang melibatkan perjudian atau tikam menikam.

Contohnya kita membayar sesuatu permainan untuk bermain dan jika kita kalah, maka kita tidak dapat apa-apa. Jika menang pula, ada hadiah disediakan mengikut tahap kejayaan. Maka permainan sebegini termasuk dalam pertaruhan yang mana merupakan unsur dalam perjudian, maka hukumnya haram. Selain daripada itu, dibolehkan bermain permainan yang tiada unsur perjudian.

Jadi sekiranya kita ingin pergi funfair dan sekadar untuk bermain permainan yang menyeronokkan seperti kereta langgar, roller cooaster dan sebagainya yang tidak melibatkan pertahuran adalah diharuskan.

Manakala permainan yang mempunyai taruhan di mana mengakibatkan pihak yang kalah mendapat kerugian manakala pihak yang menang mendapat keuntungan, adalah dilarang menurut Islam kerana ia termasuk di dalam kategori perjudian. Allah SWT melarang keras akan perjudian melalui firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” – Surah al-Maidah ayat 90

Jadi apabila ingin membawa keluarga ke fun fair hati-hatilah memilih permainan tak semua permainan boleh kita main.

Related Articles

Back to top button