Apa khabar Syria?
Sejak penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, bantuan kemanusiaan sukar untuk tiba ke bumi Syria..
Ramadan bakal menghampiri. Di saat kita menghitung hari menanti kehadiran bulan penuh keberkatan, apa khabar saudara seagama di Syria? Syria kini sedang bergelut dengan ribut salji dan banjir yang membuatkan khemah usang mereka runtuh malah ada yang tenggelam.
Cuaca di Syria semakin parah. Negara jirannya, Turki di Istanbul salji turun buat kali ke-3 dan dilaporkan paling lebat meliputi wilayah terbesar itu. Tiga minggu lalu, IkhwanTV melaporkan, salji telah melumpuhkan Istanbul di beberapa kawasan di sana. Ini menjadi satu indikator jelas, Syria pastinya sedang bergelut dengan cuaca sejuk melampau. Paling menyedihkan, mereka tidak ada daya malah infrastuktur untuk sekurang-kurangnya bertahan.
Apa khabar Fatma dan Amma? Apa khabar Zidane? Apa khabar Ahmad? Apa khabar semua anak-anak pelarian Syria?
Mereka ini adalah diantara ribuan kanak-kanak yang menghuni kem pelarian wilayah Azaz.
Sejak penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, bantuan kemanusiaan sukar untuk tiba ke bumi Syria. Namun begitu, Team Rescue Syria hadir pada Disember 2020, dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Menurut Ketua Misi Rescue Syria, (Dr) Sani Araby Al-Kahery, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sedang menggandakan usaha kerana menyedari banyak bantuan yang terputus & berkurangan akibat kesukaran untuk melepasi tembok sempadan Syria sepanjang tempoh penularan pandemik Covid-19 yang belum menemui titik noktahnya.
Namun begitu, MAPIM konsisten menyediakan dan mengedarkan bantuan makanan setiap hari kepada lebih 15 ribu keluarga yang kebanyakkannya daripada golongan anak yatim piatu, wanita yang kehilangan keluarga dan ramai lagi mangsa pelarian. Usaha berterusan ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan derita para pelarian sepanjang musim sejuk, jelas (Dr) Sani Araby.
MAPIM dalam masa sama sedang menggerakkan usaha menyalurkan bantuan bagi menyelamatkan nyawa lebih ramai para pelarian Syria yang sedang berdepan dengan kedinginan genting kini.
Disamping bantuan bagi menyara keperluan makanan harian, impian pembinaan ‘Bandar Wakaf Malaysia’ dengan konsep bersepadu sedang giat dibangunkan selepas MAPIM berjaya memiliki tanah seluas 56 ekar hasil kerjasama Agensi Wakaf kerajaan Turki (TDV).
“ini menambahkan motivasi kami untuk kita keluar ke keluar negara bukan sahaja membantu dengan bantuan kemanusiaan tetapi lebih dari itu memberi solusi-solusi bersifat perunding. Ini yang sedang dilakukan oleh MAPIM. Ini adalah bandar ke 3 yang Mapim ada di dunia dan kita optimis bandar ini dapat diselesaikan pada hujung bulan Ramadan. Segalanya adalah wakaf dengan sumbangan dari rakyat Malaysia menerusi rayuan Syria dot com dan saya harap hajat kita ini akan dimakbulkan Allah..inshaAllah.” ucap (Dr) Sani Araby.
Bagi anda yang ingin merebut peluang menyalurkan sumbangan bagi pembangunan Bandar Wakaf Malaysia ini, boleh layari ke www.rayuansyria.com atau akaun Maybank Dana Mapim Syria Emergency Appeal bernombor 5628 3463 6987.