Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh negara petang ini
PETALING JAYA : Ribut petir dijangka akan melanda di seluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran cuaca tidak menentu itu merangkumi keseluruhan kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, dan WP Putrajaya.
Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Kuala Krai dan Gua Musang serta di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.
Di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik dan Baling manakala di Perak, kawasan yang dijangka terlibat ialah Larut Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Manakala di negeri Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin manakala di Negeri sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.
Selain itu, keadaan yang sama akan berlaku di Melaka melibatkan kawasan Alor Gajah dan Jasin serta di Johor kawasan yang terlibat ialah Segamat dan Johor Bahru.
“Sarawak bakal mengalami hujan lebat dan ribut petir termasuklah Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis), Kapit, Bintulu dan Miri dan Limbang.
Sementara itu, kawasan Pendalaman (Beaufort), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) di Sabah turut menerima amaran yang sama.
Dalam pada itu, MetMalaysia mengingatkan agar Orang awam untuk kekal berada di rumah serta elakkan berada di kawasan laut dan persisir pantai,” ujarnya.
Oleh Hafeez Anuar