Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
SETIA ALAM: Jika dulu kita sering mendengar wanita sahaja yang akan obses dengan kecantikan. Namun kini lelaki sudah tidak terkecuali obses akan kecantikan.
Seorang lelaki yang dikenali Danny telah membuat berkongsi pengalamannya mengubah ciptaan Allah. Dia yang menghabiskan lebih RM300,000 semata-mata untuk kelihatan cantik (hensem) sudah mula menyesal dengan perbuatannya itu.
Menurut Danny dia kini sudah sedar haram hukumnya mengubah ciptaan Allah jadi dia sudah berhenti berbuat perkara tersebut.
Lelaki berumur 35 tahun itu berkata dia sangat obses dengan kecantikan sehingga sangup membuat 10 kali pembedahan kosmetik pada bahagian wajahnya. Antara pembedahan yang dibuatnya adalah kelopak mata, hidung, tanam benang, ‘crown’ gigi, dagu dan lain-lain.
Danny mengatakan dia mula melakukan pembedahan bermula 2006 ketika berusia 19 tahun. Walaupun ditentang keluarga, Danny tetap berkeras untuk melakukan pembedahan demi kelihatan cantik (hensem).
Katanya, dia juga sanggup bekerja keras dan mengumpul wang asalkan impiannya melakukan pembedahan kosmestik tercapai.
“Jika dikira kos dibelanjakan, memang boleh membeli sebuah rumah tetapi saya jenis manusia yang tamak dengan kecantikan ketika itu, jadi tidak fikir soal itu.
“Ikutkan emak menentang keras dan saya percaya tiada ibu yang menyokong anaknya mengubah ciptaan Allah. Adik beradik juga ada nasihatkan tetapi saya teruskan juga,” katanya.
Walaupun sebelum ini banyak pembedahan yang berjaya membuatkan Danny lupa akan hukum hakam mengubah ciptaan Allah.
Namun ditakdirkan, salah satu prosedur dijalankan pada tahun lalu mengakibatkan kecacatan pada hidung dan bertitik tolak daripada situ, timbul keinsafan dalam dirinya untuk berhenti mengubah bentuk wajah.
“Hasil pembedahan itu tidak seperti yang diharapkan dan akibat kecacatan dialami, saya mengalami kemurungan selama setahun enam bulan.
“Badan jadi gemuk, muka bertukar gelap dan saya jadi orang yang lain malah tidak aktif di laman sosial. Lebih menyedihkan apabila lima doktor pakar di lima hospital dekat Bangkok menolak untuk merawat saya kerana enggan mengambil risiko.
“Menangis juga saya ketika itu kerana memikirkan harapan untuk pulihkan hidung sudah musnah namun bernasib baik kerana ada pakar di Hospital Yanhee dekat Bangkok, Thailand sanggup membantu kerana kasihankan saya walaupun pada awalnya dia juga enggan lakukannya.
“Ia (pembedahan) menelan kos hampir RM30,000. Alhamdulillah, pembedahan pada Jun lalu berjaya malah doktor berkenaan juga tidak menyangka dia boleh lakukan dengan sempurna,” katanya.
Menurut Danny, dia sedar kesilapannya namun tidak kesal dengan apa yang dilalui kerana menganggapnya sebagai pengalaman mematangkannya dalam hidup.
“Sejak kecil lagi saya sukakan kecantikan dan kesempurnaan, jadi tidak kesal cuma sudah taubat serta enggan lakukan pembedahan kosmetik lagi.
“Cukuplah kini saya menjaga wajah dengan memakai produk kecantikan saja. Saya nasihatkan orang di luar sana, sebaiknya rujuk dan lakukan pembedahan dengan doktor bertauliah.
“Bagi yang sudah cantik pula, jangan buat (pembedahan kosmetik). Terima diri dan ciptaan Allah seadanya