Covid19Semasa

PM sedia jadi individu terawal disuntik vaksin Covid-19

Meyakinkan rakyat bahawa vaksin adalah selamat

KUALA LUMPUR :

“Saya akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19.”

Demikian jaminan, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan bahawa beliau antara individu terawal yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 sekiranya vaksin berkenaan sampai ke Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, ini bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin antara yang terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 

Selepas beliau, golongan yang difikirkan untuk mendapat vaksin berkenaan ialah petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran yang lain  iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan penyakit saluran pernafasan kronik.

“Bekalan pertama sejuta dos vaksin dari Pfizer akan mula diberikan kepada kumpulan sasar seawal Februari 2021 setelah diterima seperti yang dijangkakan oleh kerajaan,” kata Tan Sri Muhyiddin semasa perutusan khas Covid-19 pada Selasa (22 Dis)

Menurutnya, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin setelah diperolehi dan digunakan.

“Kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana virus ini telah pun berada dalam komuniti.”

Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan mengamalkan kebiasaan seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button